KUALA LUMPUR – Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan
Kelantan dan Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya hari ini berkata,
keadaan sama dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Condore, Reef
North dan Layang-layang.
Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer
sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu
berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut. – BERNAMA