ALOR SETAR - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini
berkenan berangkat ke majlis penyampaian sumbangan serta meraikan
anak-anak yatim yang akan dikhatankan sempena cuti sekolah kali ini.
Sebanyak 50 anak yatim daerah Kota Setar dipilih menerima sumbangan serta menyertai program berkhatan beramai-ramai anjuran Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di wisma yayasan di sini.
Anggota Lembaga Pengarah YAYSH, Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim berkata, program berkenaan bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan selari dengan cita-cita baginda untuk terlibat secara langsung dalam memperjuang serta membela nasib anak-anak yatim.
"Program ini telah disusun dengan kerjasama erat pihak yayasan dengan Pejabat Daerah Kota Setar.
"Program ini juga dapat meningkatkan ketahanan mental anak-anak yatim dalam mengharungi cubaan serta mengeratkan hubungan sesama masyarakat," katanya ketika berucap pada majlis itu, hari ini.
Menurut Norazam program berkenaan julung kali diadakan di Wisma YAYSH sejak ia dirasmikan oleh baginda Jun lalu. - Bernama