Gaya seksi dan daring sememangnya sinonim dengan Kim Kardashian.
Sering kali tampil seksi tanpa mengenakan baju dalam hingga menampakkan bentuk payu daranya, jelas menunjukkan bintang siri realiti TV Keeping Up With The Kardashians ini berbangga memiliki bentuk badan menggiurkan.
Bagaimanapun, Kim yang juga isteri rapper Kenye West mula dibidas
orang ramai yang risau melihatnya mempengaruhi anak gadis zaman
sekarang untuk mengambil gambar selfie tak senonoh.
Kim turut dibidas dalam satu perdebatan
baru-baru ini ekoran tindakannya mengeksploitasi diri dengan menunjukkan
punggung bogel dalam satu majalah.
Ketua Pendakwaraya
North West England, Nazir Afzal menerusi kenyataan di portal Dailymail
UK berkata, perbuatan Kim membuatkan anak-anak gadis mahu menjadi
sepertinya seterusnya memberi impak di mana ia membuka peluang kepada
pemangsa untuk mengambil kesempatan.
Gaya seksi Kim dengan tubuh montoknya memang boleh menggoncang nafsu lelaki.
Bayangkan apabila
ia ditiru gadis mentah, dah tentulah mengundang niat tak baik lelaki
yang melihat hingga boleh membawa kepada zina mahupun jenayah rogol.
Sumber: Mynewshub.cc