Ada pelbagai cara boleh digunakan untuk memeriksa sama ada peranti pintar anda original atau tidak.
Dalam artikel kali ini, ia khas untuk pengguna Samsung memandangkan
ia merupakan jenama telefon pintar paling popular dan paling ramai
diguna oleh rakyat Malaysia.
Bagi mereka yang mahir, mungkin dengan melihat aplikasi serta reka
bentuk luaran sahaja boleh mengenal pasti sesuatu produk itu tulen atau
pun tiruan.
Apa yang pasti, ramai pengguna kurang arif hingga tertipu dengan set
klon yang dijual oleh sesetengah premis tidak bertanggung jawab.
Jadi apakah cara paling mudah untuk memeriksa peranti anda sama ada original atau sebaliknya? Jom lihat di bawah.
1. Dail *#0*# dan paparan berikut akan dipaparkan.
2. Kemudian sentuh sensor dan paparan berikut akan dipaparkan.
3. Kemudian sentuh pada ‘IMAGE TEST’
Keputusannya, jika gambar yang keluar merupakan gambar anak anjing
seperti yang tertera di atas, maka set telefon Samsung anda adalah
orginal. (Tahniah...)
Tapi jika keluar gambar selain dari gambar di atas maka besar kemungkinan peranti anda merupakan cap ayam. (Takziah...)
Sumber: Mynewshub.cc
Sumber: Mynewshub.cc