Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan
pihak yang mengkritik dan berhujah tentang keburukan pelaksanaan sistem
pengapungan terkawal ke atas harga minyak sebagai pakar `mi segera’.
Beliau menegaskan ramai tidak faham kaedah sebenar pengiraan harga
petrol di pasaran menyebabkan timbul pelbagai teori tidak tepat mengenai
keputusan terbaharu kerajaan berhubung pemberian subsidi petrol.
Jelas Khairy Jamaluddin, pakar `mi segera’ membahaskan tentang harga
minyak dunia tetapi dengan cuma merujuk harga minyak mentah sedangkan
petrol dipasaran adalah minyak telah diproses, ditapis, diangkut,
diedar, diniaga dan sebagainya.
Berikut penjelasan Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda UMNO melalui akaun Facebook beliau hari ini:
“SAYA nak ambil sedikit masa untuk menjelaskan tentang harga petrol. Ramai yang tidak memahami cara bagaimana harga petrol dikira. Ini menimbulkan keadaan dimana ramai pakar ekonomi mee segara tiba-tiba muncul dengan teori tersendiri.
Contoh pakar mi segera seperti gambar dibawah. Dengan penuh keyakinan beliau kata “ini fakta…” Saya juga yakin ramai yang mebaca post tersebut dan terus share secara membuta tuli tanpa sebarang usul periksa. “Mesti Mamat ni betul.” “Logik juga dia tulis.”
Apa yang beliau tulis itu salah sebab harga minyak dunia itu yang diambil sebagai contoh adalah harga minyak mentah. Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita guna untuk kenderaan kita bukan minyak mentah. Itu minyak yang sudah diproses, ditapis, diangkut, diedar, diniaga dll. Jadi fakta dibawah tidak betul. Kalau beliau konfiden dengan ‘fakta’ beliau, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan.
Mungkin disini ada yang nak tulis, “OK lah KJ. Jangan sembang je bro. Tunjuk lah cara nak kira petrol ni.”
Baik.
Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.
Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).
Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:
- Kos operasi (9.58 sen/liter)
- Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
- Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
- ‘Alpha’ yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)
Jadi dengan mudah:
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia
Satu lagi gambar dibawah menunjukkan penjelasan yang sama dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri atau KPDNKK.
Di sini ada pula yang nak menyampuk, “Sudah lah bro. Harga minyak naik lettew. Bangang barang naik.”
Kerajaan pun telah mengumumkan penarikan subsidi petrol pada 1 Disember. Ramai kutuk. “Kerajaan ale utoo” bagai.
Yang kutuk ini tidak pantau harga pasaran minyak.
Kita guna formula diatas.
Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27. Maksudnya, bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember dan tren penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemunkinan besar harga petrol RON95 turun. Subsidi dijimat, harga pun boleh turun.
Kesimpulannya, semak semua ‘fakta’ dulu. Jangan cepat share. Think first.”
Sumber: Mynewshub.cc