Awang Selamat dalam ruangan Analisis Mingguan di akhbar Mingguan
Malaysia hari ini mempersoalkan tindakan Menteri Besar Pahang Datuk Seri
Adnan Yaakob memperlekehkan akhar Utusan Malaysia ekoran berita
berkaitan Cameron Highlands.
Sebelum itu, akhbar Utusan Malaysia ada mendedahkan perkara berkaitan 30,000 warga asing Bangladesh yang ada di daerah tersebut.
Dalam laporan itu, Adnan dikatakan menuduh ia sebagai satu agenda
media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi
melariskan jualan.
“Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikiran seperti itu.
“Inilah masalah kalau dah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.
“Ulat pun disangka ular, beliau sepatutnya belajar dengan
menteri besar yang lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan
media sebagai peluang untuk menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.
“Ada laporan yang lebih panas melibatkan negeri lain, tetapi menteri besarnya tidak melatah,” katanya.
Menurut rencana Awang, agenda media dalam isu pusat peranginan tanah
tinggi Cameron adalah untuk keselamatan negara dan rakyat dan tiada
sebarang agenda lain.
Awang menulis, bukan kali pertama Adnan dilihat menuding jari kepada pihak media.
“Awang selalu mendapat banyak maklum balas termasuk daripada
wartawan banyak organisasi media tentang cara beliau yang kelihatan
angkuh.
“Tidak boleh menerima teguran-mudah melenting,” kata Awang dalam tulisannya itu.
Awang apabila melihat sifat Adnan itu menggunakan hak sebagai media
untuk menyanggah beliau kerana dianggap menggunakan kuasa politik untuk
membuli media dan ia tidak boleh dibiarkan.
“Di Pahang, pelbagai pihak termasuk media lebih senang berurusan
dengan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Tengku
Abdullah yang lebih tahu menghormati dan menjaga aib orang lain.
“Bukan itu sahaja, baginda berdua bersikap budiman, terbuka dan bijak mengurus kritikan,” kata Awang dalam tulisannya.
Dalam rencana berkenaan, Awang turut mempersoalkan kredibiliti
pentadbiran Adnan yang dilihat kurang mantap di bawah sejak tahun 1999.
Awang berkata tiada faktor yang boleh dibanggakan negeri berkenaan.
“Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau, juga jadi bahan bualan.
“Ingatlah, kebanyakan kita ada pekung, mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri,” katanya.
Penulis berkenaan turut membawa pembaca mengimbau kembali kes
penerokaan haram di hutan simpan dan tanah kerajaan di Cameron Highlands
dan banyak lagi daerah yang sudah lama berlarutan.
Menurut Awang, gaya kepimpinan Adnan juga dilihat sudah tidak relevan
biarpun bagi penyokong setia beliau, Adnan masih diperlukan atas hujah
karismanya yang mampu mengawal politik Pahang yang unik.
“Lain pula di akar umbi, yang mahukan perubahan kepimpinan, negeri
lain sudah berubah menteri besar, Pahang msih orang sama yang rating dan
popularitinya jatuh.
“Desas-desus menteri besar bakal diganti sudah lama berlegar.
“Walaupun Adnan, tentu tidak senang dengan hal tersebut tetapi Awang
yain beliau bukanlah jenis yang tidak boleh menerima realiti,” kata
Awang dalam tulisannya hari ini.