Awas Propaganda Musuh Islam: "Muslim Sembah Kaabah Sebagai Tuhan"?

Persoalan di akal manusia sering mencabar ketetapan Allah SWT lewat di akhir zaman ini sehingga ada di kalangan umat Islam sendiri termakan dakyah fikrah yang disebarkan secara meluas dan akhirnya melemahkan iman kita.

Musuh-musuh Islam tidak pernah berehat cuba mewujudkan kekeliruan pada iman dan taqwa ummah dengan pelbagai cara termasuk mempertikai peranan Kaabah sebagai kiblat bagi seluruh umat Islam mendirikan solat.

Antara propaganda yang tersebar, mereka mendakwa bahawa Islam itu melarang menyembah patung berhala, dan mempersoal kewajaran umat Islam menyembah dan tunduk kepada Kaabah dalam solat?

Masih ramai lagi umat Islam yang kelu lidah, tidak dapat menangkis propaganda tersebut dan lebih malang lagi, persoalan itu mampu menggoyah iman mereka lantaran kurang faham dengan perintah Allah SWT itu.

Sebenarnya, Kaabah merupakan kiblat, iaitu arah di mana umat Islam menghadap ketika mereka solat dan bukannya bersifat seperti berhala sebagaimana yang cuba dimiripkan pendakyah keji yang cuba mengelirukan pegangan kita itu.

Perlu diingatkan bahawa umat Islam tidak pernah sesekali menyembah Kaabah, melainkan kita  hanya menyembah Allah Yang Maha Esa.

Di zaman kegemilangan Islam, bilal atau muazzin akan berdiri di atas Kaabah untuk melaungkan azan. Maka tidak logik sama sekali bahawa seorang bilal yang dikatakan menyembah Kaabah, berdiri dan memijak di atas Kaabah iaitu Tuhannya?

Maksudnya, jika Kaabah itu Tuhan, kenapa pula bilal memijak Tuhan? Jadi jelaslah Islam itu tidak menganggap Kaabah sebagai Tuhan sebagaimana agama lain yang mendakwa berhala yang mereka sembah itu sebagai Tuhan, bukan?

Selain itu, beberapa jenis sejadah yang digunakan umat Islam di zaman ini terdapat corak atau gambar Kaabah yang dijahit atasnya.

Jadi, sekiranya Kaabah itu Tuhan yang disembah setiap kali bersolat, mengapa pula ia diletakkan di atas lantai dan dipijak-pijak oleh kaki?  Apakah maqam Tuhan itu setaraf dengan kaki sahaja? Penganut agama manakah yang tergamak memijak Tuhannya?

Justeru itu, sekali lagi dibuktikan bahawa Kaabah hanyalah sebagai penanda arah Kiblat yang ditetapkan Allah SWT untuk umat Islam bersolat sahaja. Baitullah itu bukanlah berhala dan tidak disembah.

Kaabah juga merupakan arah di mana seluruh umat Islam di dunia menghadapkan solat mereka. Jika tiada Kaabah, maka ibadah mereka seolah akan menjadi bersepah, tidak teratur dan tidak sistematik.

Justeru itu, Baitul Ateeq itu juga merupakan suatu tanda arah untuk menyatukan umat Islam agar mereka bersatu dan berkumpul menghala ke arah yang sama.

Menurut kajian fakta sejarah, umat Islam adalah golongan pertama yang melukis peta dunia. Khalifah Al-Ma'mun misalnya dari Kerajaan Abbasiyyah, telah melukis peta dunia dengan bahagian Selatan menghala atas dan bahagian Utara menghala bawah.
Ia membuktikan bahawa Kaabah adalah titik  tengah bumi.
Meskipun kartografer barat (pelukis peta) barat kemudiannya melukis peta dan diterbalikkan peta tersebut, di mana kedudukan Utara berubah atas dan Selatan di bawah, alhamdulillah kedudukan Kaabah tetap di tengah-tengah!

Signifikan Kaabah sebagai lokasi yang menjadi arah menyatu padukan umat Islam di seluruh dunia turut dibuktikan melalui kaedah Sains.

Kajian para saintis terkenal membuktikan bahawa Kaabah adalah titik neutral dunia di mana jarum kompas tidak bergerak kerana kedudukannya yang berada di kawasan titik sifar.

Bahkan sekiranya burung-burung tidak terbang di atas Kaabah, tetapi mereka hanya akan mengelilingi di sekeliling Baitullah itu semata-mata untuk melintas.

Malah dilaporkan bahawa kajian sains juga telah membuktikan bahawa terdapat satu gelombang infiniti di Kaabah yang menghala ke arah langit dan gelombang tersebut tidak ada di tempat lain melainkan hanya di rumah Allah itu.

Justeru itu, jelaslah kini bahawa persoalan yang dikemukakan musuh-musuh Islam itu hanyalah sekadar propaganda untuk mewujudkan rasa was-was di kalangan umat Islam di akhir zaman ini.

Sudah terbukti bahawa bahawa umat Islam tidak menyembah Kaabah, sebaliknya Baitul Ateeq itu hanyalah merupakan tanda arah untuk kita beribadah. Jawablah persoalan musuh-musuh Islam menggunakan hujah di atas, pasti mereka terkedu malu! Wallahu'alam. -Ibnu Deen/KedahNews.com