Baling Banjir, 50 Rumah Dinaiki Air

BALING – Sekurang-kurangnya 50 rumah di 13 kampung sekitar daerah di sini dinaiki air sedalam satu meter, susulan banjir kilat yang melanda bermula jam 1.30 pagi tadi.

Difahamkan banjir berlaku susulan limpahan air Sungai Ketil selepas hujan lebat selama lebih empat jam melanda terutama sekitar Mukim Siong, di sini.

Antara kampung terjejas termasuk Kampung Kuala Kuda, Bukit Sebelah dan Kampung Siput di Siong, selain Kampung Banggol Derum, Dusun Raja, Lahar, Nering, Pantai Teh, Haji Abas di mukim Bongor.

Turut terjejas Kampung Sungai Batu, Seberang Pekan, Bawah Gunung di mukim Baling dan Kampung Lubuk Pedati serta Tanjung Merbau di mukim Pulai. – BH Online