Montpellier - Pegawai Perancis semalam berusaha memusnahkan bangkai
seekor ikan paus kerana bimbang kemungkinan ia membawa maut jika
meletup.
Pakar hidupan liar berkata, bangkai paus seberat 15 tan itu yang
menggelembung begitu besar dengan gas berkemungkinan tinggi akan
meletup.
Pihak berkuasa kini terdesak mencari jalan terbaik bagi memusnahkannya.
Ia mungkin akan meletupkan bangkai itu dengan mengguna dinamit.
Laluan menuju ke pantai tempat bangkai paus itu terdampar di pantai
Saintes-Marie-de-la-Mer, berhampiran Montpellier di pantai Meditteranean
sudah ditutup bagi menghalang orang ramai mendekatinya.
Bangkai itu dikatakan hanyut ke pantai itu pada awal November.
Pengurus projek hidupan luar Camargue, Anais Cheiron mencadangkan
bangkai itu diheret ke laut dan diletupkan menggunakan dinamit.
Bagaimanapun, masalah timbul kerana bot tidak mungkin dapat mendekati bangkai itu untuk menariknya kerana keadaan pantai.
Satu lagi pilihan ialah dengan mencucuk bangkai itu untuk
mengeluarkan gasnya sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian. –
Agensi