CAMERON HIGHLANDS - Mangsa banjir di sekitar Ringlet
dan Lembah Bertam yang ditempatkan di pusat pemindahan sejak Rabu lepas
berikutan pelepasan air Empangan Sultan Abu Bakar, hari ini dibenarkan
pulang untuk membersihkan rumah masing-masing.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, DSP Wan Zahari Wan Busu berkata penduduk dibenarkan pulang bagi tujuan itu, berikutan keadaan cuaca cerah pagi ini.
"Pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat akan sentiasa memantau keadaan ketika penduduk melakukan kerja pembersihan," katanya ketika dihubungi Bernama,di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya penduduk terbabit hanya akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan disahkan selamat.
Katanya jumlah mangsa di pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet setakat 9.30 pagi ini masih kekal 91 orang daripada 28 keluarga.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Sementara itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.
Dalam kejadian itu, lima mangsa turut terkorban manakala lima lagi cedera. - BERNAMA