Tidak lama selepas dilahirkan, ribuan masyarakat berpusu-pusu menuju
Baruipur, India bagi menyaksikan sendiri ‘keistimewaan’ bayi yang
dikatakan memiliki dua pasang tangan dan kaki.
Digelar ‘God boy’ oleh ibu bapanya, bayi tersebut dikatakan menyerupai salah satu dewa dalam agama Hindu.
“Saat dia dilahirkan, kami sangat terkejut.
“Salah seorang jururawat berkata, bayi tersebut berada dalam kondisi
cacat yang teruk. Namun sejurus melihatnya, saya pasti ini merupakan
keajaiban dari tuhan.” ujar salah seorang saudara paling rapat.
Sejak itu, kediaman pasangan tersebut sesak dikunjungi masyarakat yang tertarik untuk melihat bayi ‘unik’ itu secara dekat.
Menurut salah seorang pengunjung, pada mulanya dia skeptikal akan
berita yang tersebar.
Kata Chukka Roa, 67, yang tinggal di kampung
bersebelahan, perasaan terus berubah sebaik melihat gambar bayi itu.
“Bayi tersebut merupakan anak kepada dewa Hindu, Brahma yang turut memiliki empat tangan dan empat kaki.”
Menurut polis, mereka mengalami kesukaran mengawal penduduk kerana jumlah yang datang sangat ramai. -KedahNews.com