Bekas Kekasih TMJ Geram Tidur Diganggu Peminat

Bekas kekasih Tunku Mahkota Johor (TMJ), Fazura melepaskan geram apabila tidurnya diganggu seorang kru penerbangan semata-mata untuk berganbar dengannya.

Mungkin tidak berniat sombong pada kru berkenaan yang teringin sangat bergambar dengannya, pelakon jelita itu jelas kecewa memandangkan kakitangan pesawat itu tidak memahami keadaannya yang mahu berehat seketika di dalam penerbangannya baru-baru ini.

Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin tiba-tiba dikejutkan ketika cuba berehat sebentar dalam satu penerbangan dan kekecewaan itu diluahkan melalui laman akaun Facebooknya.

Fazura menjelaskan bahawa tindakan kru berkenaan tidak wajar dan dianggap kurang menghormati dirinya sebagai penumpang pesawat berkenaan.

Status jelitawan yang turut menghiasi ruang iklan di kaca televisyen itu turut mendapat reaksi positif dari kalangan peminat dan menyokong kenyataan tersebut.

Pada KedahNews.com, mungkin itulah "harga" yang perlu dibayar Fazura apabila bergelar selebriti terkenal tanahair. Meskipun agak pahit, dia terpaksa menelannya, namun tiada siapa pun dapat menafikan dia turut berhak meluah rasa kecewa atas tindakan peminat tersebut, bukan?

Sekurang-kurangnya, Fazura tidak menjadi mangsa paparazzi sebagaimana yang menghantui selebriti-selebriti tersohor di Hollywood. Nak masuk tandas pun mereka kejar, kan? 

Kesimpulannya, siapalah selebriti tanpa peminat, bukan? Namun peminat pun janganlah melampau sangat. Kalau masing-masing bertolak ansur, sudah tentu segalanya okey, kan? -KedahNews.com