Bekas Setpol Arwah Ustaz Azizan Jadi Mangsa Khianat, Ipad Dilarikan

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor, dilaporkan telah menjadi mangsa khianat pihak tidak bertanggungjawab apabila cermin kenderaannya dilapor telah dipecahkan baru-baru ini.

Agak aneh, hanya tablet Ipad miliknya sahaja yang dicuri pengkhianat tersebut namun tiada barangan berharga lain yang disentuh termasuk beg pakaian yang terdapat di dalam kenderaannya.

"Pada sehari yang lepas, cermin kereta Saudara Sanusi Md Nor yang juga Mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Kerajaan PAS Kedah telah pun dipecahkan oleh individu "jahat".

"Kemudiannya, iPad miliknya telah pun diambil tetapi beg dan barangan lain miliknya tidak diambil. Sungguh pelik dan sangat kasar mainan jahat "mereka" kata sumber berkenaan.


Muhammad Sanusi merupakan Ketua Penerangan PAS Kedah dan dilihat sebagai seorang yang paling rapat dengan mantan Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Selain itu, dia juga dikatakan menjadi tulang belakang yang banyak mempertahankan arwah Ustaz Azizan ketika diserang bertalu-talu dan diperlekeh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 yang lalu.

PAS Kedah bergolak runcing menjelang PRU ke-13 ekoran perbalahan secara terbuka di antara arwah Ustaz Azizan dan Phahrolrazi sehingga menyebabkan kejatuhan PAS di Kedah.

PAS tewas ditangan Barisan Nasional pada PRU yang lalu dan kemelut dalaman tersebut dikatakan antara faktor terbesar penyebab kekalahan parti Islam tersebut.

Terkini, desas-desus di peringkat akar umbi menjelaskan kemelut dalaman PAS Kedah belum berakhir dan semakin berpecah-belah khususnya apabila Phahrolrazi menjawat jawatan Presiden PasMa. -KedahNews.com