Kuala Lumpur - Belum sempat menunjukkan aksi ghairah, seramai 20 gadis ‘pelayan’ ditahan dalam serbuan Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Petaling Jaya di sebuah pusat hiburan di Sunway Mentari di sini, kelmarin.
Dalam operasi jam 10 malam, gadis warga asing itu bertempiaran lari apabila menyedari kehadiran polis.
Wanita berumur lingkungan 21 hingga 35 tahun itu akan melakukan tarian termasuk belaian ghairah kepada pengunjung yang hadir sebelum memujuk pelanggan ke ranjang dengan bayaran tertentu.
Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, seramai sembilan anggota dan dua pegawai mengepung kawasan itu mengakibatkan semua ‘pelayan’ terbabit tidak dapat melarikan diri.
Menurutnya, hasil risikan polis mendapati pusat hiburan itu beroperasi tanpa lesen selain terbabit dalam aktiviti maksiat.
“Semua wanita yang ditahan adalah warga Indonesia yang hanya menggunakan pas lawatan sosial. Empat penjaga premis termasuk seorang wanita turut ditahan untuk membantu siasatan.
“Ketika serbuan ada sembilan pengunjung, tetapi dilepaskan selepas diambil keterangan,” katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. -myMetro