Md Ali menunjukkan sijil anugerah yang diterimanya dari Ford Motor Corporation pada 2000. |
CHAROK KUDUNG, PENDANG – Biarlah apa orang nak kata, yang penting dia tahu apa yang dilakukan.
Itulah pendirian yang selama ini menunjangi kegiatan Md Ali @ Hassan Awang, 62, sebagai pengumpul barangan lusuh atau kitar semula yang cukup dikenali di daerah ini.
“Sudah 25 tahun saya buat kerja ini. Macam-macam orang katakan pasal kerja saya,” kata Md Ali ketika ditemui di rumahnya di sini, kelmarin.
Berkat kesungguhannya, dia pernah menerima pengiktirafan dari syarikat multinasional, Ford Motor Corporation sebagai aktivis alam sekitar pada 2000.
Md Ali juga tidak bercakap kosong mengenai komitmennya dalam masyarakat.
“Sebelum ini saya pernah aktif bersama Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) khusus dalam memelihara alam sekitar.
"Pengalaman bersama CAP membuat saya selalu rasa bersemangat dan teruja untuk terus menjaga kelestarian alam kita untuk diwarisi generasi akan datang,” katanya.
Bagi Md Ali, mengutip dan mengumpul barangan lusuh yang dianggap orang lain sebagai bahan buangan bukan sekadar untuk mendapat wang.
“Kalau dinilai dengan wang, tidak banyak mana pun saya dapat. Setiap kali jual dapat hanya sekitar RM20 saja. Apa sangat yang boleh dibuat dengan RM20 sekarang ini?
"Jadi ini bukanlah cara saya cari pendapatan seperti yang disangka orang, tetapi usaha saya lebih kepada untuk mendidik orang ramai menjadikan aktiviti kumpul barangan lama untuk dikitar semula ini sebagai satu cara hidup,” katanya.
Md Ali yang mengusahakan sayur-sayuran sebagai sumber ekonomi utama keluarganya, menjual semula barangan yang dikutip dan dikumpul di merata tempat sekitar daerah di pusat pengumpulan di Air Putih.
“Saya harap anak muda kita dapat memahami dan mengamalkan cara hidup kitar semula supaya dunia kita lebih bersih dan indah untuk didiami,” katanya. -Sinar Harian