Budak Maut Ditembak Polis Gara-Gara Pistol Mainan!

MALANG menimpa seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut ditembak selepas pihak polis menyangkakan pistol di tangannya adalah pistol sebenar.

Tamir Rice dari Cleveland, Amerika Syarikat, meninggal dunia semalam akibat insiden itu selepas pihak polis bertindak sebaik menerima panggilan mengatakan ada seorang budak menghalakan pistol di sebuah taman rekreasi kanak-kanak.

tamir1
Pistol yang digunakan Tamir
Menurut pihak polis, sebaik sampai di tempat kejadian, budak itu disuruh menyerah diri tetapi sebaliknya berlaku apabila Tamir terus menghalakan pistol mainan ke arah anggota polis yang terlibat.

Panik dengan situasi itu, polis telah melepaskan dua tembakan yang mengenai budak malang itu.

Sehubungan itu, dua anggota polis yang terlibat dengan kes itu telah digantung tugas serta-merta bagi melancarkan siasatan kes yang mengejutkan penduduk di kawasan kejiranan tersebut.