Mangsa terbaharu mendakwa ditampar pemandu teksi |
Baharu saja selesai satu kes buli membabitkan seorang wanita dan si pembuli,
Khoo Koo Ann, 58, di Subang Jaya, kini muncul pula kes terbaru buli di jalanraya.
Kali
ini, ia membabitkan seorang wanita dan pemandu teksi.
Kes tersebut dikatakan berlaku ketika mangsa sedang memandu dari
Bandar Manjalara ke Jalan Raja Chulan, melalui Jalang Angsoka, kira kira
jam 7.40 pagi, Isnin lalu.
Dakwa wanita tersebut, ketika melalui satu lorong, laluannya
terhalang oleh dua buah kenderaan yang diparkir di kiri dan kanan jalan.
Ketika itu, dia menyedari bahawa dia sedang berhadapan dengan seorang
pemandu teksi yang datang dari arah bertentangan.
Ujarnya, pemandu tersebut membunyikan hon beberapa kali kepadanya
untuk memberikan laluan, namun dia tidak mengendahkan. Lantas itu,
pemandu tersebut melanggar sisi depan keretanya.
“Pemandu tersebut kemudiannya keluar dan mendekati kereta
saya lalu menampar muka saya di bahagian kanan dan kiri pipi. Saya cuba
melawan kembali namun gagal kerana dia seorang lelaki.
Saya terpaksa menahan kesakitan di bahagian pipi kanan kerana bukan sahaja ditampar, malahan juga dipicit.”
Katanya lagi, dia juga terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakkan
yang dihadapi keretanya kerana dilanggar pemandu teksi tersebut.