SHAH ALAM 6 Nov. - Seorang bekas kapten kapal dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang bomoh.
Menurut sumber Bernama, bomoh tersebut dikatakan telah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berkenaan yang bertindak menembak mangsa sehingga mati pada awal tahun lepas.
Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim memerintahkan tertuduh, Shahrunizam Salleh, 44, dari Bandar Kinrara, Puchong, Petaling Jaya, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 8 Januari pada tahun lalu.
Shahrunizam didakwa menyebabkan kematian Asli Hamid, 44, di tepi Jalan Pekaka 8/70A, Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, antara pukul 8.30 malam dan 9.30 malam, 4 Januari tahun lepas.