Di Malaysia, boleh dikatakan hampir setiap rumah dihuni hamba Allah yang bernama "cicak". Dan setiap malam, cicak-cicak itu sering "bermaharajalela" membuat najisnya di setiap penjuru rumah.
Tidak dinafikan, ramai umat Islam yang marah dengan tabiat buruk cicak-cicak yang menumpang hidup di rumah masing-masing. Maka disiapkan segala jenis lastik, getah "terbey" dan sebagainya bagi memburu serta membunuh cicak-cicak itu.
Sering kali aktiviti membunuh cicak, ia begitu sinonim dengan kata “Bunuh cicak itu sunnah.”
Tidak juga dinafikan bahawa membunuh cicak itu sunnah. Namun persoalannya “Cicak
mana yang disunatkan kita bunuh?”
Imam Abu Hurairah ؓ berkata, Rasulullah ﷺ pernah bersabda:
"Barangsiapa membunuh wazagh (cicak) dalam pukulan pertama, maka ia memperoleh sekelian kebaikan, barangsiapa membunuhnya dalam pukulan kedua, maka ia memperoleh sekelian kebaikan tetapi di bawah yang pertama. Kemudian kalau dia dapat membunuhnya dalam pukulan ketiga, maka ia memperoleh sekelian kebaikan."
Dalam riwayat lain disebut:
"Barangsiapa yang membunuh wazagh (cicak) pada pukulan pertama, maka dicatatlah untuknya seratus kebaikan dan dalam pukulan kedua kurang dari itu dan dalam pukulan ketiga kurang dari itu."
[HR Muslim : 2240]
Nanti dulu, sabar. Jangan anda ambil lastik untuk bunuh cicak sekarang.
Ahli bahasa Arab berkata: arti wazagh dilaporkan ialah sejenis "sam abrash" (cicak blirik) yang lebih dikenali dengan nama tokek. Jadi bukan cicak yang lazim berada di rumah kita ini. Lihat di dalam
kitab "Riyadhus Salihin".
Digambarkan bahawa cicak yang dimaksudkan sebagai sunat dibunuh adalah cicak tokek (seperti gambar di
atas) dan bunuhnya, insyaAllah, anda dapat kebaikan.
Dan apakah rupa cicak di atas sama dengan cicak yang bermaharajalela di
rumah anda itu? Wallahu'alam.
Mengapa Bunuh Cicak Ini?
Dari Ummu Syarik bahawa Rasulullah memerintahnya untuk membunuh cicak dan beliau bersabda:
"Cicak itu dahulu pernah meniup api (yang membakar ) Ibrahim."[HR Bukhari (3359) dan Muslim (2237)]