Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan
mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun,
September lepas.
Mohamad Borhanudin Mohd Shafiei, 48, didakwa mencabul kehormatan
mangsa yang juga anak jirannya di sebuah rumah di Cheras pada pukul 6
pagi, 6 Sept lepas.
Dia didakwa mengikut Sekyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana
dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Nurul Ain Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin
RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Nov depan untuk
sebutan kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -mStar