Cadangan untuk mengembalikan semula kuasa merotan pelajar kepada sekolah
akan dikaji secara terperinci oleh semua pihak yang terlibat, kata
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menurut Idris, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mencari satu jalan penyelesaian yang terbaik dengan mengadakan perbincangan bersama ibu bapa dan guru bagi memastikan masalah sosial di kalangan pelajar berkurangan.
"Apa yang penting bukanlah mengenakan hukuman rotan kepada mereka tetapi menerapkan budaya kasih sayang yang perlu diamalkan dalam sesebuah sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-Biz Challenge 2014, di sini, Isnin.
Katanya, beliau percaya dengan menerapkan budaya kasih sayang antara guru dan pelajar serta sesama pelajar, masalah sosial di kalangan mereka akan berkurangan.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia melalui presidennya, Hashim Adnan semalam dilaporkan menggesa supaya kuasa merotan dikembalikan semula kepada pihak sekolah bagi mengawal kes salah laku di kalangan pelajar.
Dalam perkembangan lain, Idris memberi jaminan bahawa kementerian akan memastikan semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan ketinggalan menduduki baki kertas peperiksaan itu selepas kejadian banjir di Cameron Highlands baru-baru ini.
"KPM melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat calon yang masih terjejas akibat banjir dengan menyediakan ruang khas untuk dijadikan pusat peperiksaan sementara," katanya.
Sementara itu, mengulas isu penahanan beberapa aktivis mahasiswa di Sabah semalam, Idris berkata perkara itu tertakluk di bawah bidang kuasa polis.
"Jika pelajar terbabit ingin menganjurkan sebarang aktiviti di dalam kampus, mereka perlu memohon kebenaran daripada pengurusan universiti terlebih dahulu dan bukan terus buat program secara provokatif, ini bukan budaya terpelajar," katanya.
Semalam, aktivis siswa yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol ditahan polis bersama beberapa mahasiswa lain selepas mengadakan ceramah umum di Jalan Gaya, Kota Kinabalu pada tengah hari.
Beliau yang kemudian dibebaskan, ditahan semula oleh pihak polis kira-kira pukul 10 malam ketika cuba memasuki kawasan Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Terdahulu, Idris menyampaikan hadiah juara Y-Biz Challenge 2014 kepada Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (Semashur) yang menghasilkan produk inovasi 'Gummy Semashur' diikuti tempat kedua milik Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Pahang manakala Kolej Vokasional ERT Setapak meraih tempat ketiga.
Semashur membawa pulang wang tunai RM20,000, trofi, piala pusingan, sijil serta hadiah khas tiket penerbangan bernilai RM25,000 sumbangan SME Bank bagi menyertai pertandingan peringkat antarabangsa di Romania pada Mei 2015. -mStar