BERPULUH-PULUH wanita panik dengan kematian seorang lelaki di
Bucharest, Romania apabila mengetahui lelaki terbabit meninggal dunia
kerana dijangkiti virus HIV!
Menurut laporan mirror.co.uk, kira-kira 40 wanita menjalani ujian
darah di sebuah bandar di daerah Dolj kerana pernah mengadakan hubungan
dengan lelaki itu, yang merupakan seorang kasanova.
Dipercayai, Daniel
Decu mengetahui status kesihatannya namun merahsiakan daripada orang
lain, namun diketahui selepas dia mati apabila pihak hospital
menjalankan bedah siasat.
Bekas-bekas teman wanita Daniel yang mengetahui hal ini menjadi berang dan menyerang tempat pengebumian.
Doktor yang menjalankan bedah siasat mendakwa terpaksa mendedahkan
perkara ini kepada umum, sebagai peringatan kepada wanita-wanita yang
menjalinkan hubungan dengan Daniel sebelum ini.
Bagaimanapun, doktor mendakwa ibu Daniel kini ingin menyamannya kerana mendedahkan rahsia kesihatan anaknya.
Tempias turut dirasai oleh doktor peribadi
keluarga Daniel, Dr. Corner Stanciu. Dia tahu tentang Daniel dijangkiti
HIV dan berusaha untuk memulihkannya kerana anak gadisnya yang berusia
24 tahun turut menjalinkan hubungan dengan Daniel.
Aids adalah satu-satunya penyakit yang
tertakluk di bawah undang-undang Romania. Jika sesiapa yang mengetahui
mengidap penyakit itu dan didapati memindahkan virus kepada orang lain,
boleh dipenjarakan antara lima hingga 15 tahun.
Undang-undang itu bagaimanapun tidak meminta pesakit memberitahu
pasangannya tentang penyakit yang dihidapi, cukup sekadar mengamalkan
seks yang selamat.
Sumber: Mynewshub.cc