Bukan rahsia lagi, guru antara golongan yang amat rajin menjadikan perniagaan sebagai kerjaya sampingan.
Daripada berniaga kecil-kecilan seperti menjual kain pasang pada
rakan-rakan guru lain sampailah menyertai jualan langsung, semua ini tak
asing lagi dalam kalangan pendidik Malaysia.
Terbaru, golongan guru ikut sama memeriahkan cabang perniagaan atas
talian (online) yang semakin meriah kerana mudah dikendalikan terutama
menggunakan laman sosial.
Bagaimana pun dukacita dimaklumkan, pekeliling yang diedar
oleh Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 20 Oktober 2014 lalu
memaklumkan, semua pegawai pendidikan adalah dilarang sama sekali untuk
menjalankan perniagaan secara online atau melalui media sosial.
Hal ini kerana ia melanggar peraturan pegawai awam iaitu melakukan kerja luar dibawah akta kelakuan dan tatatertib 1993.
Sehubungan itu, pegawai atasan telah diberi tanggungjawab untuk
melakukan pemantauan dan melaporkan mana-mana pegawai pendidikan yang
melanggar peraturan tersebut.
Tentu ini berita menyedihkan buat guru yang dah mula seronok berniaga secara online dan dikenali pelanggan.
Tapi tak apalah, tentu kajian sudah dijalankan dan ada sebab mengapa larangan ini dikuatkuasakan.
Lagi pula cabang rezeki kan banyak, yakinlah jika satu ditutup pasti ada jalan lain terbuka..
Sumber: Mynewshub.cc