Episod kontroversi membabitkan persembahan Stacy yang mendendangkan
lagu Cindai di Anugerah Skrin 2014, jumaat lalu masih tidak bernoktah.
‘Drama’ ini bermula apabila penulis lirik lagu itu, Hairul Anuar
Harun mengeluarkan kenyataan pedas apabila mengkritik kesalahan lirik
Stacy ketika membawa lagu milik penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk
Siti Nurhaliza.
Terbaru, ikon irama tradisional Malaysia, Noraniza Idris membidas
kenyataan Hairul Anuar Harun apabila berkata, penulis tersebut
sepatutnya tidak melatah akibat kesilapan Stacy kerana ia adalah lumrah
dunia nyanyian.
“Hanya kerana cara nyanyian dan silap kerana lupa lirik, itu dah ada
dalam nyanyian live. Satu side lain kita perlu beri pujian kepada Stacy
kerana dia isi setiap nyanyiannya dengan gaya persembahan yang bukan
mudah orang nak buat.”
Ujar Noraniza menerusi laman sosial Facebook peribadinya, isu
tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan kerana ia menjejaskan maruah
pihak kedua.
“Bagi saya semua orang berhak
menyanyikan lagu tersebut yang hanya sebuah lagu traditional yang boleh
dinyanyikan oleh siapa jua dengan cara tersendiri,” tambahnya.
Sumber: Mynewshub.cc