Cuaca Buruk Paksa Pesawat Air Asia Dilencong Mendarat Di Langkawi

Akibat faktor cuaca buruk, pesawat Air Asia AK6012, dari Kuala Lumpur menuju Alor Setar dilaporkan terpaksa membuat lencongan dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL).

Difahamkan bahawa penerbangan tersebut dijangka mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) pada pukul pukul 8.10 pagi tadi.

Namun, ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk berbuat sebagaimana dijadualkan, pesawat berkenaan telah diterbangkan ke LTAL dan mendarat kira-kira jam 8.25 pagi.

Menurut sumber, pesawat itu kemudiannya diterbangkan semula ke Alor Setar setelah mengisi minyak dan telah tiba di LTSAH pada jam 9.40 pagi.

Dalam perkembangan berkaitan Pengurus LTAL, Abdul Halim Othman turut mengesahkan kejadian tersebut. -KedahNews.com