Cukup-Cukuplah "Bahan"kan Mat Yo, Jangan Sampai Isterinya Mengamuk!

MatYoDijual

Kalau tak cukup sabar, rasanya mungkin Norshahrul Idlan Talaha mengambil tindakan terhadap para peminat yang dilihat sengaja memperlekeh bintang bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu menerusi laman sosial.

Tidak cukup dengan bermacam-macam gambar direka di laman sosial untuk mengecamnya, penyerang pasukan finalis Piala Malaysia itu turut "dibahan" menjadi "lelongan" di laman web mudah.com.my dengan harga hanya serendah RM2!

KedahNews.com turut cuba mencari di laman web jualan internet itu untuk nama pemain yang lebih terkenal dengan nama manja, Mat Yo, itu namun gagal.

Maka ternyatalah "lelongan" itu hanyalah merupakan perbuatan nakal pihak tertentu memalukan Mat Yo dalam nada "bergurau tapi kasar".

Walau bagaimanapun, ramai juga pengguna media sosial meluahkan rasa kasihan kepada Mat Yo yang teruk "dikenakan" menerusi laman-laman internet ekoran kegagalannnya menyempurnakan sepakan penalti perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

Sepakan Mat Yo diselamatkan oleh penjaga gol skuad Tok Gajah, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, yang kemudiannya menyebabkan pasukan itu menjuarai Piala Malaysia menerusi jaringan penalti berkesudahan 5 - 3.
KedahNews.com berpandangan supaya warga netizen supaya sudah-sudahlah "membahankan" Mat Yo dan usahlah melamau sangat "mengenakan" dia hingga mampu mencetus kemarahan isterinya.


Rasanya kita tentu ingat insiden isteri Mat Yo memaki hamun seorang pakcik pengawal di sebuah lapangan terbang dulu, kan? 

Mohon janganlah sampai isteri Mat Yo mengamuk, buruk padahnya nanti!  -KedahNews.com