Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekecewaan terhadap dasar pendidikan
semasa yang telah melebarkan jurang kaum serta golongan kaya dengan yang
miskin.
Dalam posting di blognya, chedet.cc popular pada Isnin, bekas Perdana Menteri itu berkata bahawa golongan kaya kini bertutur dalam bahasa Inggeris manakala golongan miskin bertutur dalam bahasa Melayu, Cina atau Tamil.
"Anehnya nasionalis bahasa tidak membantah, sebaliknya mereka membantah penggunaan bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata Malaysia mempunyai idea yang jelas tentang pendidikan apabila ia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 apabila negara mahukan setiap kanak-kanak di Malaysia menghadiri sekolah kebangsaan di mana bahasa Melayu digunakan sebagai medium pengajarannya.

"Mereka akan tahu dan rapat antara satu sama lain, dapat membiasakan
diri dengan perbezaan budaya dan menjadi rakyat Malaysia yang sebenar,"
kata beliau sambil menambah sekolah Inggeris juga dibenarkan pada masa
itu.
"Keputusan itu adalah bersifat politik. Tiada apa-apa di dalam Perlembagaan yang menyediakannya. Kemudian Menteri Pendidikan yang lain pada tahun 1971 memutuskan untuk memansuhkan sekolah menengah kerajaan yang mengajar dalam bahasa Inggeris," kata Mahathir.
Tegasnya, keadaan ini akhirnya menyebabkan anak-anak daripada pelbagai kaum kehilangan peluang untuk membesar bersama-sama.
Sekolah swasta yang menggunakan bahasa Inggeris secara meluas sebagai medium dibenarkan wujud, katanya, walaupun kanak-kanak Malaysia tidak sepatutnya pergi ke situ.
Mahathir berkata bertentangan dengan dasar negara, anak-anak menteri mula pergi ke sekolah-sekolah swasta dan antarabangsa atau ke sekolah-sekolah di United Kingdom.
Hasilnya, bekas Perdana Menteri itu berkata, golongan kaya pergi ke sekolah-sekolah swasta manakala golongan miskin pergi ke sekolah kebangsaan di tempat masing-masing.
"Saya mesti mengaku walaupun anak-anak saya semuanya pergi ke sekolah kebangsaan, cucu saya pula semuanya pergi ke sekolah-sekolah swasta di dalam dan di luar negara. Mereka bercakap dalam bahasa kebangsaan tetapi jenis persekolahan meluaskan jurang antara kaum dan juga antara yang kaya dan miskin," katanya. -mStar