Tinggal kenangan... |
Agak menggemparkan dunia hiburan tanahair apabila aktres jelita tanahair, Dynas Mokhtar, yang sering menghiasi ruang iklan dan laris dipilih sebagai duta secara mengejut mengaku telah berpisah dengan suaminya, Hafizy Hafiz, pada 25 Februari lalu.
Bercerai talak satu, Dynas memberitahu perkahwinannya gagal diselamatkan ekoran masalah komunikasi yang dihadapi dengan bekas suaminya.
Menurut pelakon jelita itu, lafaz cerai talak satu berkenaan telah disahkan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Memetik akhbar sisipan B-Pop semalam, Dynas mendedahkan bahawa hubungannya dengan bekas suami tidak seindah di awal perkahwinan mereka dan masing-masing lebih selesa membawa haluan sendiri melainkan soal anak.
"Masalah
komunikasi menyebabkan hubungan kami jadi hambar. Tak macam di awal
perkahwinan, komunikasi menjadi teras kekuatan kami. Kami berkongsi itu
dan ini. Tapi ketika kami bergelut mempertahankan perkahwinan ini,
masing-masing buat hal sendiri.
"Boleh dikatakan kami bercakap pun hanya pasal anak. Apabila
sudah lama tak berkomunikasi, asal bercakap saja boleh gaduh.
"Ketika ini
saya mula sedar, paling penting suami isteri mendengar dulu apa yang
mahu pasangan mereka luahkan sebelum pantas memberikan maklum balas.
"Ikutkan masalah kami ini cukup kecil, tetapi ia belarutan hingga tak
mampu dibendung lagi. Ibu saya sendiri pernah berkata, sayang sangat
hubungan kami berakhir kerana perkara sebegini. Tapi semua sudah
tertulis dan saya reda," jelas aktres jelita yang kini kembali tidak berpunya itu.
Hasil dari perkahwinan Dynas dan Hafizy, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, Khyra Khalyssa dan Mohamed Haqaish.
Diharap Dynas dan Hafizy bersabar dengan dugaan hidup yang mereka hadapi serta redha dengan ketentuan jodoh tidak berpanjangan yang telah ditakdirkan Allah SWT dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.
Mungkin terdapat hikmah yang terselindung di sebalik perpisahan tersebut dan agar keduanya mendapat hikmah di sebalik apa yang terjadi. Wallahua'alam. - KedahNews.com