Dalam kemelut dan pertembungan antara PAS dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), tidak dapat dinafikan bahawa bukan saja para pemimpin parti itu saja yang bergolak, malah para penyokongnya juga pandai "buat lawak".
Terbaru, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli yang sebelum ini dianggap sebagai antara pendokong PasMa telah menjadi mangsa "troll" para penyokong PAS.
Sebuah akaun Facebook pro-ulaman PAS baru-baru ini mendedahkan bagaimana Ahli Parlimen Kuala Krai, Kelantan, itu dipermaikan menerusi aplikasi Whatsapps berkenaan pendokong PasMa yang digelar "jebon".
Berdasarkan tarikh yang tertera pada perbualan Whatsapps yang di"print screen" itu, Dr Hatta dihubungi penyokong PAS berkenaan pada 28 Oktober dengan tujuan ingin bertanyakan soalan.
Namun apabila soalan yang diajukan padanya mempersoal sama ada beliau seorang "jebon" atau tidak, Bendahari PAS itu cuba membuat lawak bertanyakan kembali rupa sebenar "jebon" yang dimaksudkan.
Menariknya, penyokong pro-ulama PAS itu membalas pertanyaan Dr Hatta dengan sekeping gambar Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Phahrolrazi Zawawi!
Seterusnya, sila rujuk perbualan dibawah. Pandai juga para penyokong PAS buat lawak, kenakan para pemimpin sendiri, kan?