Eksklusif: Hassan Saad Bintang Baru Skuad Hijau Kuning Musim Depan?

Sebuah laman page Facebook terkenal di Kedah, HijauKuning.com, mencadangkan agar Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertimbang untuk memilih seorang pemain muda dari Mesir untuk dijadikan kesebelasan utama skuad Lang Merah bagi musim depan.

Menurut admin laman tersebut, pemain bola sepak berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Hassan Saad itu sangat berminat untuk menyarung jersi Hijau Kuning ekoran kelincahan dan keupayaannya menjaring gol dengan baik.

Cadangan HijauKuning.com itu turut disokong oleh para peminat skuad bola sepak Kedah yang berpandangan bahawa prestasi Hassan yang dipamerkan menerusi laman Youtube menunjukkan dia sangat sesuai di posisi tengah serangan.

"Attacking midfield : Amik ja hassan saad..dia beria-ia nak men kdh..pihak KFA & TCH pon dah tau kan cara permainan dia..lincah,laju dan pandai botoi owg mcm berpengalaman 5-6 taun...lagipon bkn sng import muda yg berbkt tawaq diqi nak men kdh..leh dikatakan satu dlm sejuta...," kata Harris Jan Huntelaar yang dipetik dari laman Facebook itu.

Selain itu, HijauKuning.com turut memaklumkan bahawa Hassan ada menghubungi admin laman itu bagi menunjukkan minatnya beraksi dengan pasukan kebanggaan rakyat negeri Jelapang Padi berkenaan.

Menurut tinjauan KedahNews.com, tidak salah rasanya jika KFA memberi peluang kepada Hassan untuk membuktikan bakatnya sebelum diambil sebagai ayam tambatan bagi mengisi slot pemain bola sepak Kedah bagi musim akan datang.

Namun jika Hassan gagal menyarung jersi skuad Lang Merah, mungkin pemain dari Mesir itu boleh mengisi satu slot posisi bagi pasukan HijauKuning.com (HKC) yang terkenal itu, bukan? Siapa tahu dia mampu membantu lonjakkan nama HKC ke peringkat lebih tinggi, bukan?


Namun melihat pada jawapan balas HKC pada Hassan, nampak gayanya seolah-olah admin laman berkenaan cuba melakukan "troll" pada anak muda dari Mesir itu,bukan? Apa-apa ja laaaa...  -KedahNews.com

Berikut adalah beberapa keterangan mengenai profil Hassan.

Nama : Hassan Saad Mohamed
Tarikh Lahir: 15.05.1993
Tinggi: 175 cm
Berat: 65 kg
Posisi: Play maker - Right and left wing