SEBELUM melanjutkan pengajian ijazah di Amerika Syarikat, Juliana
Evans pernah dikaitkan bercinta dengan pelawak dan pengacara terkenal,
Zizan Razak.
Namun, masing-masing menafikan perkara tersebut dengan mengatakan hubungan mereka hanya berlandaskan sebagai rakan artis.
Dan kini, Zizan pun sudah menemui buah hatinya sendiri yang juga seorang pelakon yang semakin mekar namanya, Emma Maembong.
Lantas, ada cakap-cakap mengatakan yang Juliana dan Emma pernah
bergaduh ketika Emma berkunjung ke negara "Uncle Sam", beberapa bulan
lalu.
Terkejut dengan dakwaan itu, Juliana, 25, menafikan perkhabaran tersebut.
“Siapa
kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan
masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina
dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu
cerita sebenar,” katanya memetik Media Hiburan.
Selain itu, Juliana juga berharap peminat tidak mempertikaikan
kepulangannya ke Malaysia selepas menamatkan pengajian di Amerika.
“Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya,
saya gembira sebab dia sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit
lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan
mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,” katanya.
Kenapa pula Juliana bercakap begitu kepada Emma, mungkinkah Emma berasa tergugat dengan kepulangan Juliana?
Tapi, tak mungkin rasanya kalau dari dulu Juliana ada hati kat Zizan, mungkin dari dulu lagi mereka dah berpasangan kan.
Apa-apa pun, selamat pulang kepada Jue dan semoga kepulangannya dapat
memeriahkan lagi industri lakonan dan sedikit sebanyak dia boleh
memanfaatkan pengajian seninya di sana untuk diaplikasikan di negara
kita.
Sumber: Mynewshub.cc