Hubungan cinta selebriti jelita bernama Erra Fazira ini sentiasa
digali dan dikorek oleh media-media hiburan kerana ramai ingin
mengetahui siapakah jejaka bertuah yang menjadi pilihan hatinya selepas
kegagalan rumahtangga dengan Engku Emran.
Ada yang meneka, diva popular ini sudah menemui pengganti dan lelaki tersebut merupakan orang kenamaan di Malaysia.
Bagaimanapun, gosip konon pilihannya merupakan orang kenamaan atau
VVIP ditolak sekeras-kerasnya oleh Erra namun pada masa sama, mengakui
sedang berkawan rapat dengan seseorang.
“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya
akui memang sedang rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita
mengatakan lelaki tersebut adalah golongan atasan, itu tidak benar sama
sekali.
“Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu
hubungan itu berdasarkan nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa
memilih untuk berkawan dengan orang biasa.”
Bagaimanapun, bila ditanya lebih lanjut mengenai lelaki tersebut Erra memilih untuk berahsia dan enggan mendedahkan identitinya.
Menurutnya, dia sudah muak mendengar segala gosip dan khabar angin yang mengaitkan dirinya justeru memilih untuk berdiam diri.
Walau siapa pun yang dipilih Erra, semoga kali ini dia mendapat kebahagian yang diimpikan.
Sumber: Mynewshub.cc