Edisi kedua pertandingan ratu cantik muslimah yang berlangsung pada
tahun ini di Yogjakarta, Indonesia menobatkan peserta dari Tunisia,
Fatma Ben Guefrache sebagai pemenang.
Fatma yang merupakan pakar komputer menewaskan 17 wakil negara lain
melalui mesej pembebasan Palestin yang disuarakannya, sekaligus membawa
pulang hadiah berupa seutas jam tangan emas, sekeping dinar emas dan
pakej umrah.
“Semoga Allah membantu saya dalam misi membebaskan Palestin.
Tolonglah untuk sama-sama membebaskan rakyat Palestin dan Syria,”
ujarnya yang berusia 25 tahun dalam nada sebak.
Acara tersebut diadakan berlatar belakangkan Kuil Prambanan, salah
satu tapak warisan dunia UNESCO, sebagai simbol bahawa masyarakat Islam
menghormati pegangan agama lain.
Kata salah seorang pengajur, Jameyah Sheriff, “Kami mahu mereka memahami segalanya mengenai cara hidup Islam, termasuk pemakanan, pakaian dan cara menjalani kehidupan.”
Acara tersebut kali pertama diadakan pada tahun lalu bagi membantah
pengajuran pertandingan ratu cantik dunia yang diadakan pada masa sama
di Bali.
Dalam pertandingan itu, peserta diwajibkan mengenakan hijab, diadili
dari segi penampilan dan melalui bacaan Al-Quran, juga pandangan mereka
tentang Islam di dunia moden.
Sumber: Mynewshub.cc