Walaupun memiliki raut wajah yang jelita menawan dan menjadi rebutan jejaka, aktres terkenal, Fazura mengaku pernah menangis akibat putus cinta dengan kekasihnya sebelum ini.
Tidak menyatakan gerangan kekasih yang menyebabkan dia menangis, Fazura menjelaskan bahawa pengalaman itu dirasai ketika dia melakonkan babak putus cinta di dalam lakonan filem terbarunya, Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC).
“Ifti (nama watak) sama seperti mana diri saya sekarang yang
lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan
ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai.
“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu
saya kaitkan dengan pengalaman diri sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya
menangis bila tonton babak tersebut tadi,” katanya yang dipetik dari media, baru-baru ini.
MCDC diarahkan oleh Bernard Chauly turut dibintangi ramai pelakon
popular antaranya Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Fauziah Ahmad Daud,
Faizal Hussein dan Eja, serta bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Disember ini.
Demikianlah hati seorang wanita dan rasa peritnya putus cinta hingga terkesan walaupun di dalam babak lakonan filem.
Apapun, KedahNews.com berharap agar Fazura tabah mengharungi hidup sebagai selebriti terkenal tanahair serta mendoakan agar dia dijodohkan Allah SWT dengan seorang pemuda yang mampu membimbingnya menjadi hambaNya yang solehah di dunia dan akhirat. -KedahNews.com