FootGolf: Sepak Bola Masuk Lubang Golf... Pulakkk..!!!

Sukan Golf sering kali dikaitkan dengan golongan berpendapatan tinggi dan berpangkat sahaja sebelum ini.

Namun, mungkin sukan gabungan daripada golf dan bola sepak ini boleh menjadi alternatif baharu anda untuk mencuba pengalaman sukan yang seakan-akan serupa dengan golf.

footgolf

FootGolf merupakan gabungan sukan di antara permainan golf dan bola sepak yang telah wujud sejak lapan tahun lalu.

Namun ia masih lagi belum terkenal di Malaysia.

Permainan ini hanya memerlukan sebiji bola sepak yang perlu ditendang ke dalam lubang golf sebesar 21 inci yang dimainkan di padang golf.

Bagaimana? Minat nak cuba? -KedahNews.com