Gadis ‘patung barbie’ dikatakan mengalami kecederaan
apabila diserang dan dirompak dua lelaki yang tidak dikenali di hadapan
rumahnya, baru-baru ini.
Memetik laporan dari portal Mail Online pada Rabu lalu, Valeria Lukyanova, mendakwa ditumbuk berkali-kali oleh dua perombak pada 31 Oktober lalu.
Gadis kelahiran Ukraine ini dikatakan diserang sehingga mendatangkan kecederaan pada kepala dan bibirnya.
"Saya diserang ketika di pintu masuk blok kediaman saya semasa pulang dari kedai dan memasukkan kod keselamatan di pintu rumah ketika dua lelaki menyelinap dari belakang dan menyerang saya.
"Mereka cuba untuk merompak saya. Ia berlaku dalam sekelip mata, mereka memukul saya di kepala dan beberapa kali pada rahang, salah seorang daripada mereka mula mencekik saya,” katanya.
Jelasnya, kehadiran jirannya menyebabkan perompak tersebut melarikan diri.
“Jika bukan kerana jiran saya yang tiba-tiba muncul, saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Mereka melihat dia dan melarikan diri,” katanya lagi.
Lukyanova dilapor ditahan di hospital bagi mendapatkan rawatan dan dibenar pulang empat hari selepas serangan berlaku.

Sumber: Sinar Harian