Salah seorang anggota kumpulan EXO-K disambut peminat ketika tiba di lapangan terbang Mexico City minggu lalu. |
MESKIPUN jauh berbeza dari segi budaya dan bahasa, artis terkenal
K-Pop dari Korea Selatan masih menerima sambutan ‘paling gila’ daripada
para peminat mereka ketika beraksi pada salah sebuah jelajah konsert di
Mexico City minggu lalu.
Agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap di Seoul semalam
melaporkan, peminat perempuan yang nyata amat teruja sanggup melemparkan
seluar dalam mereka sendiri sehingga terpaksa dihentikan sementara
sebelum disambung semula.
Insiden mengejutkan itu berlaku pada konsert Music Bank World Tour anjuran stesen penyiaran Korea Selatan, KBS di ibu negara Mexico itu Khamis lalu yang menampilkan kumpulan terkemuka BEAST, EXO-K, Girl’s Day, B.A.P., Ailee dan BTS.
Ketika persembahan melibatkan persembahan B.A.P. dan EXO-K, peminat
wanita yang terlalu teruja dilaporkan membaling seluar dalam
masing-masing ke arah artis-artis terbabit sebelum penganjur segera
menggantung konsert buat sementara waktu.
Konsert tersebut hanya disambung semula selepas penganjur dengan
pantas membersihkan longgokan seluar dalam wanita terbabit yang
berselerak memenuhi pentas dan memberi amaran kepada penonton untuk
menjaga tingkah laku mereka.
“Mulanya, saya berasa malu namun peminat Mexico mungkin amat gembira.
Sesetengah mereka teruja melampau tetapi saya saya lihat ada peminat
buat perisai tangan untuk elak kejadian lebih buruk,” kata seorang
anggota EXO-K yang enggan didedahkan identiti. – Agensi