Gajet, Tablet, Ipad Mampu Cederakan Otak Kanak-Kanak?

Benarkah kecederaan otak boleh berlaku akibat terlalu terdedah kepada gadjet dan internet?

Kalau melihat kepada gambar yang tersebar dalam whatapps di atas dan keterangannya, kanak-kanak dalam gambar berkenaan mengalami kecederaan otak kerana terlalu banyak bermainan i-pad.

Berikut penjelasan yang diberikan;
Dapat whatsapp dari seorang rakan sebentar tadi. Anak dia pengsan secara tiba-tiba di sekolah dan terus dibawa ke hospital. Bila siasat, budak ini mengalami brain damage akibat terlampau bermain dengan ipad. Gelombang-gelombang elektromagnetik pada ipad telah memberi kesan kepada si mangsa. Awasi anak anda sebelum terlambat!
- Sebarkan.
P/s : Boleh main ipad, tetapi berpada-pada.
Sejauh mana kebenaran gambar ini sukar untuk diperjelaskan kerana ia tidak mempunyai maklumat siapa kanak-kanak itu, di mana ia berlaku, bila dan berapa kerap dia menggunakan gadjet.

Namun, kecederaan deria termasuk otak memang dikenal-pasti sebagai boleh terjadi oleh pakar.
Antara masalah yang boleh wujud ialah;

Mata

Bila kita terlalu fokus kepada skrin gadjet tablet, telefon atau komputer riba, kita kurang mengelip mata. Adakalanya jumlah kelipan berkurangan sehingga satu pertiga pada normal. Perlakun ini membawa kepada masalah sindrom mata kering yang seterusnya mampu mewujudkan pelbagai masalah mata. 

Pakar laser mata di United Kingdom pula melaporkan mereka menerima banyak kes rabuh dekat di kalangan orang muda (rabun itu biasanya melibatkan mereka yang sudah berumur) yang dipercayai akibat penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap ke arah muka.

Sakit Kepala

Sakit ini banyak dilaporkan berlaku di kalangan pengguna komputer dan tablet. Ini mungkin disebabkan postur yang salah ketika menggunakannya, font yang terlalu kecil atau skrin yang mungkin sama ada terlalu terang atau terlalu gelap.

Masalah Tidur

Lampu tablet atau gadjet lain yang ditutp dan dibuka berkali-kali menyebabkan badan keliru dan jam biologi anda. Jika anda gunakan sebelum tidur, otak anda akan keliru dan anda tidak dapat tidur. Akibatnya, anda akan mengalami perubahan mood yang mendadak dan kesukaran fokus.

Gaya Hidup Tidak Sihat

Terlalu lama menggunakan gadjet membawa kepada tabiat tidak bersenam. Ini membawa kepada kemungkinan serangan penyakit jantung atau kencing manis.

Sakit Belakang Dan Leher

Menggunakan gadjet untuk tempoh lama mampu merosakan postur dan boleh menjadikan anda bongkok.

Lemah Pendengaran

Mendengar muzik dengan kuat terutama menggunakan earphones boleh menyumbang kepada kehilangan deria bunyi.

*Kepada ibu bapa yang ambik mudah dengan serah gadjet kepada anak-anak yang masih kecil, mungkian boleh pertimbangan kembali tindakan seperti itu.

Sumber: Mynewshub.cc