Panas kembali nama Tauke atau, Zamatul Amri Zakaria, 37, setelah dia
didakwa merupakan individu lelaki yang bercumbuan dengan seorang wanita
dalam beberapa keping foto ‘daring’ yang tersebar.
“Saya sangat terkilan dengan dakwaan ini. Terus terang saya
tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan itu. Tak tahu gambar siapa dan
bila ia diambil,” katanya dalam laporan akhbar Berita Harian.
Tambahnya lagi, “Yang pasti setakat ini gambar yang
disebarkan itu tak nampak muka saya dan ia boleh jadi satu tuduhan liar
sahaja. Jjadi saya kena tengok dahulu sebelum komen lebih lanjut.”
Menerusi dakwaan sebuah portal hiburan, individu lelaki dalam gambar
tersebut merupakan seorang yang terkenal dengan ragamnya yang sering
bertukar teman wanita. Nama Tauke terus disebut ramai kerana dia sebelum
ini dikaitkan dengan beberapa wanita.
Selain itu, menurut cerita di sebalik tersebarnya gambar-gambar
tersebut, individu berkenaan menghantar telefon bimbitnya di sebuah
kedai untuk diservis.
Malangnya, dia terlupa untuk mengeluarkan memori, lantas diambil
kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memuatnaiknya di
laman sosial.
Ujar Tauke yang beraksi bersama Yus dalam kumpulan Jambu, penyebaran
tersebut berkemungkinan dilakukan sesetengah pihak untuk mensabotaj
karier dan memburukkan imejnya.
“Setahu saya tak pernah ada gambar macam itu jadi pelik juga
bila orang kaitkan saya tak pasal-pasal. Boleh jadi juga itu gambar
orang lain yang menyerupai atau superimpose untuk menganiayai saya.”
Selain itu, dia juga berhasrat untuk mencari individu yang melakukan perkara tersebut andai benar ia merupakan foto miliknya.
Selepas bergabung dengan pelawak Yus dan menggunakan nama Jambu dalam
beberapa musim Maharaja Lawak Mega, kumpulan mereka kini dikenali
sebagai Virus apabila memasukkan Zizan Razak.
Sumber: Mynewshub.cc