Gambar-Gambar Sekitar Majlis Resepsi TMJ & Che Puan Khaleeda

Meriah sungguh majlis resepsi yang gilang gemilang diadakan bagi meraikan pasangan sejoli di negeri Johor Darul Takzim ini , semalam.

Siapa lagi kalau bukan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan Che Puan Khaleeda Bustamam.

Alahai pasangan diraja ini, tampak berseri-seri bergandingan bersama-sama.

Ibarat melihat perkahwinan Prince William dengan Kate Middleton pulak rasanya. Memang cukup gah lah!

Untuk makluman anda, majlis ini diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru dan turut dipancarkan secara langsung kepada rakyat Johor menerusi dua skrin besar yang dipasang di Dataran Bandaraya.

Majlis resepsi ini turut mendapat kerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), anggota Timbalan Setia Negeri, dan komando berpakaian medan untuk mengiringi kereta antik Mercedes Limousine Convertible yang membawa pengantin diraja iaitu TMJ dan Che Puan Khaleeda.

Lebih seronok dan meriah apabila ketibaan pasangan diraja itu disambul oleh 1,500 paluan kompang dan bunga manggar.

Jom kita lihat beberapa gambar kemeriahan sekitar majlis resepsi ini….

Istiadat-Persandingan-TMJ-2-630x492 320 Istiadat-Persandingan-TMJ-3 Istiadat-Persandingan-TMJ-1 Screen-Shot-2014-11-09-at-12.20.51
najibpahang
aa ooa
z TMJ2

Semoga berbahagia hingga akhir hayat TMJ dan Che Puan Khaleeda.




Sumber: Mynewshub.cc