Gambar Makcik Belik Nombor Ekor Viral Di Laman Sosial

Tidak dapat dikenal pasti lokasi atau masa dua keping gambar ini dirakam, namun ia sememangnya sedang hangat dan viral diperkata menerusi laman-laman sosial kini.

Dalam dua keping gambar berkenaan, terpapar seorang wanita dipercayai beragama Islam jika dirujuk dari sudut pemakaiannya yang bertudung dan sedang leka menulis nombor ekor di kertas sebelum ke kaunter premis judi berlesen itu.

Gambar kedua pula menunjukkan wanita berkenaan berada di kaunter premis judi berkenaan, dipercayai cuba membeli nombor ekor yang terpilih.


Cuba bersangka baik, mungkin wanita berkenaan telah dipesan dan diminta oleh "bos"nya yang mungkin bukan beragama Islam untuk membeli nombor ekor di premis judi tersebut.

Namun, ada pula pengguna laman Facebook yang mendakwa wanita itu baru memeluk Islam dan kurang faham tentang perihal hukum agama yang mengharamkan umatnya terlibat dalam aktiviti perjudian.

Walau bagaimanapun, seperti biasa, lebih ramai yang lebih selesa memaki hamun dan menghamburkan kata-kata kurang enak terhadap wanita berkenaan yang tidak menghiraukan papan tanda amaran yang melarang umat Islam berjudi.

Apa pula kata pembaca KedahNews.com?

Mahu tambah dosa memaki hamun wanita berkenaan juga? Atau lebih selesa bersangka baik dan mendoakan wanita itu supaya kembali ke pangkal jalan?

Benarlah kata orang, sekeping gambar mewakili jutaan kata. Apatah lagi dua keping, kan? Wallahu'alam. -KedahNews.com