Sanggup kelar kepala anak, ini yang Rasulullah SAW ajar? Atau rekaan Syiah? |
Adalah tidak kena apabila sebuah portal barat melaporkan kononnya ini
adalah salah satu upacara wajib Islam bagi mengingati peristiwa
kematian cucu Rasulullah s.a.w.
Upacara ini melibatkan kanak-kanak kecil yang dikehendaki mengelar kepala hingga luka menggunakan pisau tajam.
Amalan ini sebenarnya tradisi bagi penduduk Islam Syiah pada hari
Asyura yang mendakwa, luka tersebut bagi menghapuskan dosa-dosa mereka.
Lebih mengerikan, beribu-ribu puak Syiah termasuk kanak-kanak dipaksa
oleh ibu bapa mereka melakukan upacara mengelar badan mengunakan alatan
tajam seperti rantai pisau.
Upacara yang didakwa ritual keagamaan ini diadakan semasa perarakan bagi menyambut hari Asyura di Mumbai, India.
Untuk makluman anda, upacara ini turut boleh dilihat di beberapa
negara lain yang mengamalkan fahaman Syiah seperti di India, Iraq,
Lubnan dan Afghanistan.
Anda lihatlah sendiri gambar-gambar ini!
Paling menyedihkan, ada agama lain yang tidak mengetahui ajaran Islam
sebenar mengutuk perbuatan yang didakwa oleh mereka sebagai gila dan
tidak wajar hingga sanggup melukakan kanak-kanak.
Moga fahaman seperti ini dapat dibenteras daripada berakar di negara kita agar tidak menodai kesucian agama Islam.
Sumber: Mynewshub.cc