Alor Setar - Satu kejadian angin berpusar seakan-akan puting beliung
telah berlaku di Kampung Sungai Nonang dan Kampung Kebun 100 di sekitar Simpang Empat, di sini, sebentar tadi.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang tadi, laporan awal menjelaskan ia telah menyebabkan anggaran sebanyak 15 buah rumah di kawasan terbabit mengalami
kerosakan.
Insiden puting beliung itu adalah yang keempat berlaku di Kedah sejak ia melanda Kampung Alor Besar di Pendang pada 14 Oktober lalu.
Kemudian, dua lagi insiden seumpanya berlaku di Kampung Sungai
Bharu pada 31 Oktober sebelum dilaporkan berlaku di sekitar beberapa taman perumahan di Mergong pada 2 November
lalu. - KedahNews.com