Gaya Hijab Ziana Zain Yang "Awesome"!

Penghijrahan selebriti wanita tanah air  yang semakin bertambah merupakan berita baik yang disambut masyarakat dan para peminat.

Salah seorangnya ialah penyanyi tersohor dan terkenal Malaysia, Ziana Zain.

Sebut  sahaja nama Ziana Zain pastinya terbayang wajah jelita serta suara tingginya yang sentiasa menjadi dambaan orang ramai.

Bijak mengatur gaya penampilannya, Ziana Zain tetap kelihatan anggun selepas berhijab.

Meskipun nama Ziana Zain masih gah dipersada seni, tetap wajah penyanyi ini jarang kelihatan di kaca televisyen sejak akhir-akhir ini hingga ramai yang teringin melihat gaya penampilan barunya.

Terbaru, ketika memenuhi sesi fotografi untuk sebuah majalah fesyen dan gaya hidup golongan wanita, Ziana Zain kelihatan cukup mempersona mengenakan busana Rizman Ruzaini.
Jom kita lihat beberapa gaya berhijab Ziana Zain…

zianatudungbaru3 zianatudungbaru2 zianatudungbaru1

Gaya penyanyi ini sememangnya ada aura yang tersendiri hingga mampu memukau pandangan yang melihat.

Semoga Ziana Zain terus maju dalam industri hiburan tanah air kita! 
Sumber: Mynewshub.cc