Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipercayai menyindir pedas rakan
sekutunya, PAS, yang disifatkan sebagai bersikap "flip flop" dan gagal
memberikan kerjasama atau komitmen penuh pada gabungan parti politik
pembangkang, Pakatan Rakyat.
Meskipun tidak menyebut nama parti yang dimaksudkan, Ketua Menteri Pulau Pinang yang terkenal dengan sifat "chauvinis ultra kiasu" itu medakwa rakan sekutunya itu mengaku seolah-olah sudah berputus asa untuk bekerjasama dengan parti berkenaan.
"Di peringkat nasional, walaupun kita ada mesyuarat Pakatan Rakyat, tetapi saya rasa ia kurang berkesan selagi perkara ini (komitmen kepada pakatan) tidak diputuskan.
"Kita nak tengok komitmen dengan perjanjian yang dicapai, akan dilaksanakan. Jangan hari ini kita buat keputusan, esok hari cakap ia ditolak oleh Presiden (parti).
"Presiden pun boleh tolak (keputusan) jawatankuasa tertinggi, kita tak tahu macam mana nak berurusan dengan parti macam ini," kata Guan Eng ketika berucap pada Konvensyen DAP yang dipetik dari rakaman portal pro-pembangkang, Malaysiakini.
Rata-rata media menjangka kecaman Guan Eng itu ditujukan khas kepada PAS ekoran tindakan parti tersebut berhubung isu krisis Menteri Besar Selangor yang menyaksikan "perang besar" berlaku di antara PAS dengan PKR dan DAP.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara menolak pencalonan Presiden PKR , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Walaupun pencalonan isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu telah dipersetujui Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan pimpinan DAP serta PKR, Abdul Hadi serta Majlis Syura Ulama tetap enggan berganjak dari pendirian mereka.
Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama menegaskan Wan Azizah tidak berkeupayaan menjadi seorang pemimpin yang baik dan berkemungkinan besar hanya akan menjadi "boneka" suaminya jika dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. -Amir Hamzah/UtaraNews.com