GEORGETOWN - Kebimbangan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan perancangan
pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah tidak berasas kerana
negeri ini mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh khususnya industri
pelancongan.
Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu dibayangi kebimbangan itu sekiranya mempunyai perancangan pembangunan yang baik.
"Kedah mahu rancang apa, terpulanglah. Kalau mereka mahu bina lapangan terbang, adakah semua pelancong akan pergi ke Kulim? Kita sudah ada industri pelancongan yang lebih mantap daripada Kedah.
"Kecuali, jika kita tidak jaga prasarana dan kemudahan yang ada, maka semua pelancong akan lari. Bagi saya, ini persaingan sihat dan saya tidak nampak sebab mengapa kita perlu bimbang," katanya dalam persidangan Dun di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika bangun mencelah bagi menjawab pertanyaan RSN Rayer (DAP-Seri Delima) mengenai pendirian wakil rakyat BN berhubung perancangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah.
Terdahulu itu, Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2015 mencadangkan usaha menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Wong berkata Pulau Pinang memerlukan pembesaran lapangan terbang atau sebuah lapangan terbang baharu bagi menampung jumlah kemasukan pelancong yang semakin meningkat.
"Ada tanah yang mencukupi di sekitar LTAPP untuk kita melakukan naik taraf. Kerajaan negeri sedia berunding dengan kerajaan pusat mengenai perkara itu," katanya. - Bernama