Hanez Suraya Enggan Komen Kekasih Pilot...

Pelakon kontroversi, Hanez Suraya, dilapor enggan memberi sebarang komen berhubung gosip terbaharu yang mendakwa dirinya kini sedang hangat bercinta dengan seorang lelaki yang merupakan seorang juruterbang.

Sebaliknya, aktres ini dikatakan lebih gemar berdiam diri dan mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

“Maaf, saya enggan komen mengenai perkara ini. Saya harap semua pihak faham dengan situasi saya. 

"Jika sebelum ini saya memberi komen mengenai hal peribadi saya dan perkara tersebut memberi kesan negatif dan disalah ertikan oleh sesetengah pihak, kini biarlah saya senyap sahaja,” katanya yang dipetik dari portal Gua.

hanez1

Gambar Hanez dan jejaka yang dikenali sebagai S itu mula tersebar di laman sosial selepas pelakon itu membuat pengumuman bahawa dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Romie Razin Adilha.

Romie yang kini berstatus bekas kekasihnya yang juga merupakan suami kepada Liyana Manan dan bapa kepada dua orang cahaya mata.

Sebelum ini kisah cintanya dengan Romie mendapat perhatian peminat dan media massa sehinggakan memberi kesan terhadap kerjaya seni Hanez apabila difahamkan sesetengah saluran TV mula mem ‘banned’ pelakon ini hanya disebabkan kontroversi cintanya itu. -KedahNews.com
hanez2
hanez3