Hantu "Penanggal" Lepak Atas Sejadah?

Hantu Penanggal?
Warga Facebook di Malaysia tiba-tiba kecoh dengan imej yang didakwa sebagai hantu penanggal berada di dalam bilik sebuah rumah yang terletak berhampiran dengan Pusat Rawatan Islam DarusSyifa, di Kuala Ibai, Terengganu.

Sumber, Sukan Star TV menjelaskan bahawa gambar yang dikirim seseorang kepadanya telah dirakam di rumah kakaknya secara tidak sengaja oleh anak pemilik rumah tersebut yang masih berusia lebih setahun melalui telefon bimbit.

"Gambar original..kejadian berlaku di rumah kakak sy di kuala ibai bersebelahan dengan pusat rawatan darussyifa..

"Gambar ini di snap secara tidak sengaja oleh anak saudara sy yg berusia 1 thun lebih..gambar ini disedari oleh kakak sy setelah beberapa hari yg lepas..kejadian berlaku di waktu maghrib sebelum kakak sy solat," kata pengirim gambar berkenaan.

Perkara aneh itu turut dikongsi dan diakui oleh pemilik akaun Facebook, Aasyiqien Zaki, yang dipercayai merupakan pemilik rumah itu.

"Betol gambar ni mmg tak edit ni keadaan bilik anak saya tu skg sejadah yg sama saya hamparkan," kata Aasyiqien di ruangan komen sambil memuat turun keadaan bilik yang sebenar.

Aasyiqien Zaki
Gambar berkenaan menjadi topik perdebatan panas apabila segelintir dari pengguna Facebook lain mempertikai tentang "rambut" hantu berkenaan yang mungkin sebenarnya merupakan rambut seseorang.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa pihak pengamal perubatan Islam berhampiran lokasi berkenaan telah berjaya menghalau hantu penanggal itu dari rumah tersebut. -KedahNews.com