Hotel Berhantu: Kejadian Aneh Menggerunkan Pengunjung



Australia - Sejak seminggu dua ini, lebih banyak penemuan hantu dijumpai di serata dunia. 

Terkini, sebuah hotel pub terkemuka di Australia telah mengalami banyak kejadian aneh dan peristiwa yang agak menakuktkan.

Hotel Carlisle Castle di Sydney terletak ditengah-tengah bandar itu didakwa telah dipenuhi oleh hantu. 

Para pekerja hotel berkenaan telah memberitahu kepada media bahawa peristiwa aneh seperti paip air yang terbuka sendiri, botol dan gelas dibaling ke lantai dan bermacam-macam lagi adalah benar.


Rakaman CCTV juga menjadi satu bukti untuk pengesahan mistik itu. Pemilik pub, Peter Bradbury kelihatan agak risau. Selain itu, Bradbury juga memberitahu bahawa hantu di situ gemar terhadap wain(arak) merah.

“Ini semua sangat pelik. Saya tidak tahu bila sebenarnya hantu ini menapak di kedai ini. Saya bertambah terkejut kerana dapat melihat botol wain terjatuh dari rak.
"Wain merah seolah-olah menjadi pilihan hantu. Saya masih mencari siapa-siapa yang dapat menghalau hantu ini,” ujar Bradbury kepada media

Pihak polis telah menerima aduan daripada pemilik hotel berkenaan. Namun, kes masih lagi disiasat sehingga kini. -Agensi