Individu Paling Berpengaruh: Putin Tewaskan Obama

Berdasarkan senarai terbaru individu berpengaruh di dunia 2014  yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes, Presiden Rusia, Vladimir Putin diundi untuk menduduki tempat pertama carta.

Ini sekaligus menolak tepi Presiden Amerika Syarikat yang menduduki tangga kedua manakala tempat ketiga diduduki pemimpin China, Xi Jinping, diikuti Pope Francis dan Angela Merkel.

Menurut majalah tersebut, walaupun Putin dilihat banyak menimbulkan masalah, antaranya ketegangan di wilayah Crimea dan perang dengan negara Ukraine sehingga mengorbankan banyak nyawa terutama dalam tragedi MH17, namun dia dilihat sebagai seorang individu yang kuat.

Jadi, untuk tahun kedua berturut-turut, beliau berjaya mengekalkan dirinya pada kedudukan tersebut, begitu juga dengan Obama.

Antara figura terkenal lain yang tersenarai dalam edisi tahun ini adalah Bill Gates (7), Perdana Menteri Britain, David Cameron (10), Perdana Menteri India, Narendra Modi (15) dan Mark Zurkerberg (22).

Selain itu, dalam senarai tersebut juga terdapat beberapa nama figura dari Asia seperti, Akio Toyoda (CEO Toyota), Ban Ki Moon (Setiausaha Agung PBB), Park Geun-Hye (Presiden Korea Selatan), Kim Jong Un (Presiden Korea Utara) dan Karuhiko Kuroda (Gabenor Bank Jepun).

Ranking tersebut ditentukan mengikut hasil analisis dan undian yang dibuat oleh panel editor Forbes dan mengambil kira faktor seperti sumber kewangan, skop dan penggunaan kuasa dan impak individu tersebut kepada masyarakat. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber: Mynewshub.cc